Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Muhammad Ali Taskhiri ketika mengulas jenayah pembongkaran makam sahabat Nabi Hujur bin Adi, beliau berkata, "Kita menganggap tindakan ini bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang antarabangsa, kita akan merekodkannya sebagai penghinaan terhadap simbol suci Islam."Presiden Majlis Syura Lembaga Pendekatan Antara Mazhab berkata demikian dalam sebuah wawancara bersama Agensi Berita Taghrib (TNA).Sambil mengecam tindakan melampau batas tersebut, Ayatullah Taskhiri menekankan bahawa kumpulan ini sedang menjadi alat kepada kuasa angkuh dunia dan beliau menegaskan, "Kumpulan-kumpulan ini sedang berusaha mewujudkan fitnah dalam dunia Islam dan memecah belahkan umat. Dengan wujudnya gerakan ini mereka sedang berbakti kepada Israel."Ketika ditanya apakah reaksi Iran dan pertubuhan-pertubuhan Islam tentang perbuatan ini, beliau berkata, "Kes ini hendaklah dibawa ke peringkat antabangsa, OIC perlu mengutuk keras tindakan-tindakan seperti ini, begitu juga PBB, mereka hendaklah mengecam perbuatan keji ini sebagai penghinaan terhadap kesucian agama," jelas beliau.
14 Mei 2013 - 19:30
News ID: 419667
Presiden Majlis Syura Lembaga Pendekatan Antara Mazhab berkata, "Kumpulan takfiri adalah boneka kuasa angkuh."